Home » Kesihatan » Senaman Ringkas Untuk Kekal Sihat

Senaman Ringkas Untuk Kekal Sihat

Senaman Ringkas Untuk Kekal Sihat. Anda terlalu sibuk dengan urusan seharian hingga tidak dapat melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan sebagainya. Anda boleh melakukan beberapa senaman ringkas dengan jangka masa yang singkat.

Sesibuk mana pun anda jangan abaikan senaman. Banyak kebaikan bersenam kepada tubuh badan. Tahukah anda amalan bersenam ini boleh membuatkan tubuh seseorang itu menjadi lebih cergas, segar dan sistem perjalanan darah juga menjadi lebih teratur. Ini secara tidak langsung dapat mencegah dan mengawal berbagai penyakit.

Senaman Ringkas Untuk Kekal Sihat

Dibawah ada dikongsikan beberapa senaman ringkas yang boleh anda buat setiap hari agar anda sentiasa cergas dan sihat.

Perkara paling mudah anda lakukan adalah dengan berjalan kaki. Bangun pagi terus berjalan sekitar rumah sebentar. Ditempat kerja pun boleh diamalkan. Jika ada sesuatu urusan dan perlu ke satu tempat yang jaraknya dekat, berjalan kaki sahaja. Banyak manfaat jika anda amalkan aktiviti berjalan kaki ini.

Aktiviti jogging tidak sukar untuk anda lakukan. Anda boleh meluangkan waktu di pagi hari untuk melakukannya. Memadai jika anda lakukannya, paling minimum 10 minit pada setiap hari. Boleh sahaja jogging sekitar rumah. Senaman ini mampu membakar kalori dalam tubuh anda.

Lakukan senaman push up dan sit up. Cuba lakukannya 10-15 kali. Senaman ringkas ini tidak memerlukan waktu yang banyak dan boleh anda lakukan di pada waktu-waktu terluang pada setiap hari.

Lakukan senaman seperti bicycle crunch, plank, dan mountain climber. Tiga senaman ini sangat cepat untuk membakar kalori tubuh serta menjaga kesegaran tubuh anda sepanjang hari. Memadai hanya 5 minit.

Buat senaman squat dimana-mana sahaja sama ada dirumah atau sedang bekerja. Caranya dengan berdiri, duduk di kerusi atau bangku, kemudian berdiri lagi. Ulangi gerakan tersebut sebanyak 15-20 kali. Senaman ini membantu membentuk otot punggung dan paha anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda yang sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk aktiviti senaman. Senaman ringkas tetapi hasilnya sangat berbaloi untuk tubuh badan dan kesihatan. Selamat mencuba.

Check Also

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *