Home » Gaya Hidup » Sikap Lelaki Yang Membuatkan Wanita Kecewa

Sikap Lelaki Yang Membuatkan Wanita Kecewa

Sikap Lelaki Yang Membuatkan Wanita Kecewa. Lelaki sering dianggap sebagai pelindung wanita. Pada lelakilah wanita bergantung harap terutama kepada pasangan suami isteri. Namun adakalanya sikap lelaki tidak seperti yang diharapkan oleh wanita. Banyak sikap negetif lelaki akan mengewakan wanita.

sikap lelaki yang wanita tidak suka
sikap lelaki yang dibenci wanita

Banyak sikap lelaki yang wanita tidak suka, antaranya adalah seperti yang dikongsikan dibawah. Lelaki perlu ambil tahu akan perkara ini jika ingin hubungan anda terus mesra dan bahagian bersama pasangan.

Sikap Lelaki Yang Membuatkan Wanita Kecewa

Antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Kalau hendak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego adalah satu sikap negetif.

Ini rasanya paling sensitif bagi wanita. Mereka tidak suka lelaki main kayu tiga. Pasang banyak diluar sedangkan mereka sedia maklum sudah mempunyai ikatan atau ada pasangan sama ada yang sudah berkahwin atau dalam proses bercinta.

Lelaki mata keranjang memang sangat mengewakan wanita. Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata macam nak terkeluar. Jadi lelaki mata keranjang perlu berhati-hati, jangan nampakkan sangat awak tu miang terutama bila bersama pasangan.

Wanita tidak suka dikongkong. Jangan asyik mengatakan itu tidak boleh, ini tidak boleh kepada pasangan. Selagi tidak melanggar agama dan adab biarkan sahaja. Nanti kalau anda pula dikongkong pasti tidak suka kan?

Lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Lelaki kaki kelentong tiada tempat dihati wanita.

Bukan semua perempuan suka pasangannya kuat cemburu. Paling merimaskan adalah lelaki yang cemburu buta. Cemburu boleh tapi biarlah berpada-pada, baru boleh guna istilah cemburu tandanya sayang. Kalau cemburu buta, kena tendang melayang nanti.

Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Inilah paling wanita fobia bila mempunyai pasangan panas baran. Lelaki harus mempunyai sifat sabar yang tinggi.

Wanita tidak suka pada sikap lelaki yang tidak tahu menghargai pasangan. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Diatas adalah sebahagian sahaja sikap lelaki yang wanita tidak suka. Banyak lagi sebenarnya. Jadi sebagai lelaki cermin-cermin diri, jangan nanti masuk angin keluar asap bila orang sudah benci.

Untuk wanita baca ini pula SIKAP WANITA YANG LELAKI SUKA.

Check Also

Tanda lelaki jatuh cinta

Tanda Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita

Tanda Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita. Cinta adalah Emosi yang berasal dari kasih sayang yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *