Home » Gaya Hidup » Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

Anda telah jatuh cinta pada seseorang? Apakah tanda anda telah jatuh cinta. Mesti ada sesuatu yang berbeza yang anda rasakan terhadap orang yang anda cintai. Contohnya sebelum rasa biasa, selepas rasa lain juga tapi lain macam.

Tanda anda telah jatuh cinta
tanda jatuh cinta

Orang yang jatuh cinta ini lain sikit, angau dia lain macam. Seperti peribahasa mandi tidak basah tidur tidak lena. Kekadang memang parah juga hingga menung memanjang atau boleh senyum seseorang bila teringat orang yang dicintai. Tetapi kalau sudah jatuh cinta tidak berani hendak luah, itu satu bebanan.

Apakah tanda anda telah jatuh cinta ? Dibawah kami kongsikan beberapa tanda yang biasanya dapat dirasakan oleh anda.

Tanda pertama yang pasti akan terjadi adalah anda sering teringat akan si dia. Nak tidur teringat, makan pun ingat dan boleh dikatakan setiap masa asyik terbayang sahaja. Angau 🙂

Tanda kedua adalah bila bersamanya anda rasa selesa. Sudah jumpa terlalu berat hati hendak berpisah. Bila depan mata sangat merasa bahagia walaupun anda belum luahkan perasaan kepadanya. Cepat-cepat luahkan nanti tidak sempat sudah dikebas orang.

Malu tapi mahu adalah tanda yang anda telah jatuh cinta. Bila terjumpa anda rasa malu-malu tetapi bila berjauhan rasa rindu hendak melihat kelibatnya. Pernahkan anda rasa begini?

Selain itu anda berusaha memberikan yang terbaik kepadanya. Bila minta tolong cepat sahaja diusahakan, sampai tidak minta pun sanggup buat demi rasa sayang yang telah mula timbul dalam hati.

Anda ingin mengetahui lebih mendalam tentang orang yang anda cintai. Bukan sekadar bertanya kepadanya tetapi menerusi orang lain. Jika zaman sekarang media sosial si dia yang menjadi perhatian anda. Hari-hari skodeng apakah yang dibuatnya sambil lihat gambar-gambar si dia dan sebagainya.

Dapat dengar suara pun sudah cukup membuatkan hati anda riang. Dapat mesej menerusi pesan ringkas atau whatsapp pun sudah cukup rasanya. Ibarat pepatah zaman dahulu, tidak dapat tengok orangnya, tengok atap rumah pun jadilah.

Diatas adalah sebahagian tanda anda telah jatuh cinta pada gadis atau jejaka pilihan. Banyak lagi tanda orang jatuh cinta ini. Bagi yang telah melalui pasti tahu dan anda pasti setuju dengan perkongsian ini.

Check Also

kelebihan puasa ramadhan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan memang tidak boleh dinafikan. Ada beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *