Home » Kesihatan » Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang. Tahukah anda apa itu buah pinggang atau juga dikenali sebagai ginjal. Organ penting ada tubuh manusia ini memiliki pelbagai peranan biologi antaranya mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit dan galian dari darah dan menyingkirkannya melalui air kencing.

Tanda awal sakit buah pinggang
Tanda awal sakit buah pinggang

 

Peranan buah pinggang sangat besar kepada sistem badan dan perlu dijaga sebaiknya. Jika gagal berfungsi atau rosak maka akan rosaklah sebahagian dari sistem badan. Ini akan menganggu kehidupan seharian seorang manusia.

Apakah tanda awal sakit buah pinggang atau tanda yang buah pinggang anda mula rosak. Jom teruskan membaca perkongsian dibawah.

1. Kekerapan pembuangan air kencing harus diambil tahu. Ini adalahlah antara tanda awal yang boleh anda rasa. Perhatikan kencing dengan kerap atau tidak. Perhatikan juga jika ada darah dalam air kencing.

2. Buah pinggang menghasilkan hormon untuk tubuh badan manusia seperti sel darah merah. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Ada pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan adalah tanda buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.

4. Tugas buah pinggang adalah mengeluarkan sisa buangan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk. Anda juga mungkin akan kerap mengalami loya dan muntah-muntah akibat pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

5. Antara tanda awal sakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru. Jadi kesukaran bernafas adalah antara tanda yang akan anda hadapi. Kerap berasa pening kepala dan berasa sejuk sepanjang masa juga adalah masalah yang disebabkan oleh anemia.

6. Sering merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

Senarai tanda awal sakit buah pinggang diatas adalah sebagai rujukan sahaja. Dinasihatkan anda membuat rujukan kepada pakar perubatan dan mendapatkan lebih maklumat dan rawatan yang sesuai. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan jaga serta sayangilah buah pinggang anda.

Check Also

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *