Home » Kesihatan » Tanda Gejala Penyakit Difteria

Tanda Gejala Penyakit Difteria

Tahukah anda apa itu penyakit difteria dan tanda gejala penyakit Difteria ini. Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Tanda Gejala Penyakit Difteria
Tanda Gejala Penyakit Difteria

Bakteria Corynebacterium diphteriae menjangkiti tekak iaitu bahagian tonsil dan farink lalu menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Mampu menyerap ke dalam darah lalu melumpuhkan saraf yang membawa kepada keradangan jantung yang tentunya menyebabkan kematian.

Tanda Gejala Penyakit Difteria
– Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas)
– Sakit tekak dan suara serak
– Sakit ketika menelan
– Kelenjar di leher membengkak
– Kesukaran bernafas dan nafas cepat
– Keluar cairan dari hidung
– Demam dan menggigil
– Kanak-kanak tidak mahu bercakap
Batuk-batuk
– Sakit kepala serta keluar air mata

Antara langkah pencegahan awal yang boleh anda lakukan adalah
– Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
– Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
– Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
– Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
– Rehat secukupnya
– Elak dari menghirup udara yang kotor
– Elak dari bakteria
– Amalkan minum madu/air asam jawa
– Jangan minum minuman berkafien
– Jauhi minuman yang beralkohol

Adalah lebih baik pergi berjumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang akan di ambil.

Kesan Difteria
– Pernafasan terhenti
– Radang pada otot jantung
– Kegagalan jantung
– Lumpuh saraf

Difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Check Also

Makanan Untuk Kulit Cantik

Makanan Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

Tahukah anda apakah jenis makanan untuk kulit cantik dan sihat. Selain dari menggunakan produk kecantikan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *