Home » Petua Dan Tips » Tips Berkesan Untuk Kecantikan Kulit Dan Wajah

Tips Berkesan Untuk Kecantikan Kulit Dan Wajah

Tips Berkesan Untuk Kecantikan Kulit Dan Wajah. Wanita mana yang tidak mahu nampak cantik sepanjang masa. Apa lagi kecantikan kulit terutama pada bahagian wajah. Berbagai cara , amalan pemakanan , petua dan juga rawatan boleh dilakukan. Ada yang menjadi dan ada yang tetap tiada apa apa kesan.

Tips Berkesan Untuk Kecantikan
Tips Berkesan Untuk Kecantikan

Disini kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk kekal cantik sepanjang masa. Bagus untuk para isteri solehah buat tatapan suami yang soleh.

Minum Air Suam Sejurus Bangun Tidur
Sejurus bangun pada waktu pagi adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Ini kerena air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

Urut Wajah Sambil Salawat
Disarankan amalkan setiap hari urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.

Doa Ketika Bercermin
Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.

Doanya
Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka

Jangan Tinggalkan Solat 5 Waktu
Paling mudah diamalkan serta sangat penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

 

Tips Berkesan Untuk Kecantikan Kulit Dan Wajah
tips berkesan untuk kecantikan wajah

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *