Home » Petua Dan Tips » Tips Dalam Memilih Kerjaya Yang Sesuai

Tips Dalam Memilih Kerjaya Yang Sesuai

Tips Dalam Memilih Kerjaya. Pemilihan kerjaya yang sesuai adalah sesuatu yang kekadang menjadi sukar terutamanya kepada mereka yang masih lagi tercari-cari kerja atau kerjaya pilihan yang mereka kehendaki. Disini ada dikongsikan beberapa tips bagi memudahkan anda sebagai panduan dalam membuat pemilihan kerjaya.

Apakah itu kerjaya? kerjaya adalah kerja yang berterusan atau kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan. Kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya.

Tips Dalam Memilih Kerjaya
Tips Dalam Memilih Kerjaya yang sesuai

10 Tips Memilih Kerjaya

1. Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati atau disukai.
2. Kerjaya yang dipilih haruslah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.
3. Kerjaya tidak harus datang secara paksaan contohnya dari ibu bapa atau keluarga.
4. Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba. Harus serius dalam memilih kerja yang betul diinginkan.
5. Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya. Kejayaan bukan datang dalam sekelip mata. Ia akan memakan masa. Oleh itu ketekunan dan istiqamah serta doa amat penting dalam menjamin kerjaya masa depan.
6. Kerjaya yang dipilih haruslah tidak bersandarkan kepada faktor kewangan semata-mata.
7. Sebelum memilih sesuatu kerjaya dapatkan informasi sebanyak mungkin terlebih dahulu. Dapatkan maklumat secukupnya.
8. Bertanyalah dengan orang yang lebih berpengalaman dan tanyalah soalan yang berkaitan kerjaya yang dipilih kepada mereka. Dengan kata lain dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar.
9. Dapatkan restu dari kedua-dua ibu bapa. Restu mereka amat penting dalam menjamin kejayaan anda.
10. Lakukanlan Solat Istiharah dan berserah pada Allah s.w.t. Hanya Dia sahaja yang maha mengetahui dan penentu segalanya.

Semoga dengan perkongsian Tips Dalam Memilih Kerjaya diatas dapat memberikan anda panduan dalam menentukan kerjaya yang sesuai demi kejayaan dan kelangsungan masa depan.

Klik pautan untuk dapatkan Contoh Soalan Temuduga.

Check Also

Cara Mencegah Tidur Berdengkur

Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Mungkin ramai yang menghadapi masalah ini. Anda mungkin tidak sedar yang anda tidur berdengkur sedangkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *