Home » Petua Dan Tips » Tips Memilih Pemerah Pipi Mengikut Warna Kulit

Tips Memilih Pemerah Pipi Mengikut Warna Kulit

Tips Memilih Pemerah Pipi. Bagi wanita alat solek sangat penting. Tidak kiralah jenis yang suka solek tebal-tebal atau yang ala kadar sahaja. Berbagai jenis alat solek ada. Salah satu yang wajib ada adalah pemerah pipi atau blusher.

Tips memilih pemerah pipi
Tips memilih pemerah pipi atau blusher mengikut kesesuaian warna kulit

Jenis-Jenis Blusher atau pemerah pipi
Berikut adalah beberapa jenis blusher yang ada dipasaran dan sering digunakan oleh wanita.
– Compact blusher
– Powder atau loose blusher
– Cream atau mousse blusher
– Liquid blusher
– Tint Blusher

Pemerah pipi bolehlah dianggap sebagai pelengkap kepada solekan. Jadi sebelum menggunakan pemerah pipi setiap wanita harus tahu akan tona kulit wajah terlebih dahulu. Dibawah dikongsikan beberapa tips untuk memilih blusher yang sesuai untuk kulit wajah anda.

Tips Memilih Pemerah Pipi

Bagi wanita yang berkulit gelap, anda boleh memakai pemerah pipi warna merah jambu terang atau jingga kemerah-merahan. Tujuannya adalah bagi menyerlahkan lagi wajah. Anda juga boleh menggunakan pemerah pipi dengan tekstur berkilauan untuk memberikan keserian pada bahagian pipi anda.

Untuk wanita yang berkulit seperti buah zaitun, blusher yang sesuai adalah oren atau merah jambu. Selain dua rona itu anda juga boleh oles pemerah pipi coklat cair untuk menambahkan dimensi pada warna kulit. Jika berani, anda boleh sapukan pemerah pipi warna pop seperti merah jambu terang.

Jika anda berkulit sawo matang gunalah pemerah pipi rona jingga lembut kerana ianya akan menyerlahkan lagi kecantikan kulit anda kerana ia dapat meningkatkan cahaya yang wujud pada kulit wajah. Mahu warna yang lebih padat, sapukan pemerah pipi bertekstur krim.

Kepada wanita yang berkulit putih pucat anda harus memilih pemerah pipi merah jambu terang kerana ia dapat mewujudkan kesan merah lembut pada pipi anda.

Jadi anda sudah tahu akan jenis blusher atau pemerah pipi yang sesuai untuk kulit wajah anda. Jangan salah pilih nanti anda akan nampak janggal. Kongsikan tips memilih pemerah pipi ini agar semua wanita dapat manfaat dan cantik.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *