Home » Petua Dan Tips » Tips Penjagaan Bateri Handphone Agar Tahan Lama

Tips Penjagaan Bateri Handphone Agar Tahan Lama

Tips Penjagaan Bateri Handphone. Pada waktu ini semua orang pasti miliki telefon bimbit. Bukan lagi barang mewah tetapi satu keperluan dalam urusan seharian. Selain alat perhubungan, telefon kini diperlukan untuk memudahkan urusan seharian.

Ketika ini berbagai jenama smartphone atau telefon pintar boleh didapati dipasaran. Dengan berbagai aplikasi yang dibuat mengikut kesesuaian telefon, apa yang pasti penggunaan kuasa bateri akan bertambah. Tidak cukup sekadar menggunakan aplikasi penjimat bateri kerana aplikasi itu sendiri kekadang mengunakan kuasa bateri.

Walaupun kini ada powerbank yang boleh menyimpan kuasa tambahan untuk charge dimana jua, tidak bagus juga jika bateri handphone dicharge dengan kadar yang kerap. Selain penjagaan smartphone bateri juga perlu dijaga. Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk penjagaan bateri handphone anda agar hayatnya lebih panjang dan sentiasa baik.

Tips penjagaan bateri Handphone
Tips penjagaan bateri Handphone

Tips Penjagaan Bateri Handphone Agar Tahan Lama

Untuk memastikan penggunaan kuasa bateri tidak tinggi, anda boleh mengawal kecerahan skrin handphone anda. Adalah disarankan anda menggunakan kecerahan rendah atau set sahaja kepada automatik mengikut cahaya persekitaran. Ini secara tidak langsung mempu menjimatkan penggunaan kuasa beteri.

Vibrate atau getaran juga adalah salah satu fungi telefon yang menggunakan kuasa bateri yang tinggi. Matikan fungsi getaran. Jika perlu guna sahaja silent mode bila anda tidak memerlukan notifikasi bunyi contohnya ketika mesyuarat.

Ketika mengecaj pula adalah baik anda matikan sahaja telefon anda. Ini kerana bila dalam keadaan hidup, akan ada aliran masuk iaitu caj dan aliran keluar iaitu penggunaan telefon itu sendiri kerana dalam mode hidup. Ini juga dapat menjaga bateri handphone anda agar tidak rosak. Tidak digalakkan atau elakkan caj didalam kereta kerana kuasa aliran pada kereta tidak stabil. Ini juga salah satu punca bateri anda cepat rosak. Elakkan juga caj bateri anda terlalu lama.

Telefon pintar Android dan Telefon Windows ada mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan beberapa aplikasi yang sentiasa hidup dalam handphone anda. Pastikan anda aktifkan mode penjimatan kuasa pada handphone anda.

Ada juga saranan agar anda guna bateri anda hingga habis sebelum caj.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *