Home » Petua Dan Tips » Tips Rahsia Nampak Cantik Di Hari Perkahwinan

Tips Rahsia Nampak Cantik Di Hari Perkahwinan

Tips Rahsia Nampak Cantik Di Hari Perkahwinan. Hujung tahun atau paling senang bila tiba cuti sekolah pasti ramai yang mengambil peluang untuk melangsungkan majlis pernikahan atau perkahwinan. Apa yang pasti, anda mesti hendak nampak cantik , berseri dan mempesona di majlis perkahwinan terutama bagi pengantin perempuan.

Ada beberapa rahsia atau tips yang boleh anda cuba sebelum berlangsung hari bahagia anda sebagai pasangan raja sehari di atas pelamin.

tips rahsia nampak cantik di hari perkahwinan
Tips Rahsia Nampak Cantik Di Hari Perkahwinan

Semua mahu nampak cantik terutama bentuk tubuh. Pasti mahu mendapatkan berat badan yang ideal, langsing, lentik menawan tertawan kau memang daboom. Ramai yang mengambil jalan berdiet. Tapi jangan lakukan ketika telah hampir pada hari majlis. Berdietlah lebih awal. Jangan lakukan diet secara mendadak kerana mahu cantik dihari perkahwinan. Ini boleh menyumbang berbagai perkara yang tidak baik untuk tubuh badan.

Pengantin mesti senyum selalu dihari perkahwinan. Kalau pengantin masam mencuka, tetamu pun tidak ada selera hendak menjamu selera. Cuba belajar senyum dengan sempurna, dimana boleh cair siapa yang memandangnya. Jika senyum sudah pasti berkait rapat dengan mulut. Jagalah kebersihan mulut semaksimanya. Jaga mulut dan gigi sebaiknya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Pastikan persiapan majlis perkhawinan anda dibuat dengan rapi dan sempurna. Buat persedian lebih awal agar tidak kelam kabut disaat akhir. Bila kelam kabut pasti anda kan rasa tekanan atau stress. Ini akan menganggu mood anda menuju ke hari berbahagia.

Untuk wanita ini sangat penting. Jika anda telah menempah andaman untuk solekan, apa kata anda cuba dahulu serba sedikit atau ketahui apakah make up atau solekan yang akan dikenakan semasa majlis perkahwinan. Ini adalah untuk memastikan bila tiba masanya, anda tidak kecewa dengan hasil makeup anda.

Untuk lebih nampak cantik dihari perkahwinan, terutama bila atas pelamin dan sesi bergambar lakukan perawatan tubuh semaksima yang boleh. Banyak perkara yang perlu anda perhatikan antaranya rambut, wajah, kulit dan berbagai lagi. Ramai yang akan memerhatikan anda nanti, pastikan tidak ada yang akan berbisik sesama sendiri. Manusia matanya mahu sempurna walaupun diri sendiri banyak cacat cela.

Ini adalah antara Tips Rahsia Nampak Cantik Di Hari Perkahwinan yang boleh anda ikuti. Banyak lagi perkara lain sebenarnya. Anda boleh bertanya kepada yang lebih arif atau orang yang rapat dengan anda kerana mereka lebih memahami dan mengetahui kelemahan anda. Selamat penganti baru kepada semua yang akan mendirikan masjid tidak lama lagi.

Check Also

Cara Mencegah Tidur Berdengkur

Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Mungkin ramai yang menghadapi masalah ini. Anda mungkin tidak sedar yang anda tidur berdengkur sedangkan …

2 comments

  1. Kalau bukan hari perkahwinan boleh nampak cantik tak?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *