Home » Gaya Hidup » Web Stock Photos Untuk Menjual Gambar

Web Stock Photos Untuk Menjual Gambar

Web Stock Photos Untuk Menjual Gambar. Mesti ramai yang mempunyai minat mengambil gambar zaman sekarang. Tidak semestinya mempunyai kamera digital DSLR sahaja boleh mengambil gambar cantik, tetapi smartphone juga semakin maju dari segi kamera.

web stock photos

Dengan kemajuan teknologi gajet, semua orang sudah mampu menjadi photografi atau jurugambara. Cuma bezanya profesional atau amatur. Mungkin juga sekadar hobi.

Walaupun sekadar suka-suka, mesti hasil anda itu terbaik dan mempunyai nilai. Sebab lain orang lain cara menilainya. Tahukah anda bahawa ada gambar anda itu boleh dijual? Banyak sahaja laman web Photo Stock yang boleh anda guna untuk menjual hasil karya anda.

Menjual gambar di laman web stock photos bukan seperti menjual dipasar. Hasil yang anda upload akan direview dahulu untuk memastikan ianya berkualiti dan ada nilai untuk dijual.

Berikut adalah beberapa laman web stock photos untuk menjual gambar anda. Banyak tapi sekadar berkongsi beberapa yang popular.

alamy

Alamy.com
Alamy merupakan laman web photo stock yang boleh anda jadikan tempat untuk menjual foto. Alamy adalah antara laman stock photos yang terbesar. Di laman ini sendiri anda boleh melihat lebih dari 100 juta foto yang dijual dalam berbagai kategori foto mulai dari landscape, traveling, wildlife, concepts, culture dan masih banyak lagi. Hasil jualan anda akan mendapatkan royalti sebesar 50% untuk setiap foto yang terjual.

istockphoto

istockphoto.com
iStockPhoto merupakan laman web di mana anda menjual gambar dengan harga yang variatif namun masih menguntungkan. Laman ini sesuai digunakan oleh mereka yang baru pertama kali menjual foto mereka secara online ini menawarkan royalti sebesar 15% untuk setiap foto yang didownload dan boleh meningkat hingga mencapai 45% tergantung pada populariti gambar itu sendiri.

 

dreamstime

dreamstime.com
Di web stock photos Dreamstime ini anda boleh menjual gambar dengan harga royalti yang tinggi aitu sekitar 25-50%. Selain itu, jika anda menggunakan layanan kontrak khusus, anda akan mendapatkan royalti yang lebih besar lagi aitu sekitar 60%.

 

shutterstock

shutterstock.com
Shutterstock merupakan laman popular yang boleh anda jadikan pilihan utama sebagai laman untuk mencari pendapatan tambahan dari hasil menjual gambar. Laman yang sangat popular ini akan membayar anda sebanyak 30% dari harga penjualan foto yang anda upload di laman ini.

Diatas ada empat Web stock Photos Untuk Menjual Gambar yang boleh anda cuba. Daftar dan mula upload gambar anda. Hantar yang berkualiti agar tidak ditolak. Sebab laman photo stock hanya memilih gambar yang baik dan berguna kepada pembeli. Bukan gambar selfie.

Check Also

Niat Puasa bulan ramadhan

Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Doa Berbuka

Bulan ramadhan adalah bulan yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam. Pada masa inilah segala …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *